• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Serbu Pejabat Loke Bantah Peraturan Baharu JPJ

oleh
31/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 2,000 pemandu lori hari ini membuat demonstrasi aman di hadapan bangunan Kementerian Pengangkutan hari ini.

Tindakan itu dibuat bagi membantah syarat permohonan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) perlu membuat pemeriksaan doktor seperti diputuskan kerajaan baru-baru ini.

Mereka berkumpul dan membawa pemidang yang menyatakan kekecewaan terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Antara pemidang itu tertera; “YB anthony Loke, Siapakah yang akan membela nasib pemandu lori seperti kami?”

Ada juga bertulis, “YB Anthony Loke, Pemeriksaan doktor, pembaharuan lesen GDL & PSV perlu seperti sediakala.”

Difahamkan, wakil kumpulan pemandu lori itu menghantar memorandum bantahan kepada pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mereka bersurai.

Sementara itu, difahamkan, tindakan mogok juga berlaku di kawasan Pelabuhan Klang.

Kira-kira 100 pemandu lori mengadakan mogok di Bandar Sultan Suleiman perkara yang sama.

Mereka mendakwa ditindas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikutan syarat baharu pembaharuan lesen yang memerlukan keputusan pemeriksaan kesihatan.

Akibat lori yang dihentikan di tepi jalan menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan sebelum disuraikan oleh polis trafik. – MalaysiaGazette

Tags: Anthony LokeJPJMOTpemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd