• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa 104 Tuduhan Liwat Isteri, 7 Tuduhan Cabul Anak

oleh
31/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu dengan 104 pertuduhan seks luar tabii meliwat isterinya sejak Mac hingga Jun lalu.

Tertuduh berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu di Jabatan Perikanan juga didakwa dengan tujuh pertuduhan amang seksual terhadap tiga anak perempuannya yang berusia 5, 10 dan 12 tahun pada Mei dan Jun lalu.

Lelaki terbabit didakwa meliwat isterinya yang berusia 37 tahun dengan purata dua atau tiga kali hampir setiap hari bermula pada 1 Mac hingga 3 Jun lalu antara jam 12.30 tengah malam hingga 11.30 malam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Sungai Siput dekat sini.

Bagi semua 104 pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap tiga anak perempuannya pada 4 dan 7 Mei lalu serta 4 Jun lalu di lokasi sama pada jam 6 petang dan 9 malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa enam pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta tambahan lima tahun dan dua sebatan jika membabitkan anak.

Lelaki terbabit bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi keseluruhan 111 pertuduhan yang dihadapi hari ini dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Rohaida Ishak yang mengambil masa hampir sejam.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hasyutantee Khalil dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nor Izawani Ahmad Jalaludin untuk rayuan jaminan.

Pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan kerana mangsa membabitkan isteri dan anak-anak tertuduh yang berkemungkinan boleh mengganggu mangsa.

Tertuduh dalam rayuannya memohon dibenarkan jaminan susulan dia tidak lagi tinggal bersama dengan isteri dan anak-anaknya serta dalam proses perceraian selain hanya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Hakim Rohaida kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan bagi semua pertuduhan dan menetapkan 28 November ini bagi sebutan semula kes serta lantikan peguam untuk tertuduh.

Difahamkan tertuduh juga dijangka didakwa dengan 10 pertuduhan lagi di Mahkamah Majistret Sungai Siput esok membabitkan kes sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Tags: amang seksualmeliwat isteriPenjawat AwamSeks Luar Tabii
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd