• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sokong Calon BN Di PRK Tanjung Piai

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS menyokong calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor pada 16 November depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon tersebut turut dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Wee Jeck Seng dari MCA.

Katanya, sokongan yang dizahirkan itu juga selaras dengan persefahaman yang dipersetujui dalam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS yang ditandatangani pada 14 September lalu.

“PAS yakin pemilihan calon tersebut dibuat berdasarkan kepentingan setempat di Parlimen Tanjung Piai sendiri yang diharap menjadi formula terbaik untuk meraih undi bagi menguatkan lagi suara pembangkang di peringkat nasional, seterusnya membawa pendekatan politik matang yang tidak melampau.

“PAS juga akan menghantar wakil-wakilnya dari kalangan pimpinan kanan parti untuk menghadiri hari penamaan calon yang dijadualkan 2 November sebagai sokongan kepada calon pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian hari ini melaporkan, Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Jeck Seng dipilih sebagai calon BN dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, pada 16 November depan.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Pusat Gerakan BN Pontian, Johor, malam tadi.

PRK Tanjung Piai akan diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, akibat serangan jantung pada 21 September lalu. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMCAPASPRK Tanjung Piai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd