• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peralihan Jawatan PM Muktamad, Tapi Mahathir Belum Sedia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses peralihan jawatan Perdana Menteri melibatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim sudah ‘berulang kali’ dimuktamadkan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Dr. Mahathir telah menyatakan beliau belum bersedia sehinggalah masalah ekonomi dan negara selesai.

Menurutnya, proses peralihan itu nampak seolah-olah tidak berhenti dibincangkan kerana media kerap membangkitkan isu berkenaan.

“Tak berhenti, kenapa, sebab anda jolok (tanya soalan). (Adakah ada keputusan muktamad?) Muktamad berulang kali dah.

“PM (Perdana Menteri) dah menyatakan beliau belum bersedia sehinggalah selesai masalah ekonomi dan negara. Masalah ini rumit dan beliau mempunyai pengalaman luas untuk membantu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya berhubung kenyataan Anwar mendakwa ada pihak cuba menghalangnya menjadi Perdana Menteri, Ahli Parlimen Gombak itu menyarankan supaya pihak terlibat tidak lagi menyatakan isu itu secara terbuka kerana akan menimbulkan banyak persoalan.

“Sebab itu saya kata jangan bercakap. Bila bercakap, macam-macam soalan timbul. Jadi hentikan semua perbincangan.

“Kita akan adakan perbincangan tentang memperkukuhkan negara, memajukan rakyat luar bandar, tumpu soal WKB (Wawasan Kemakmuran Bersama 2030),” katanya.

Semalam, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan parti tersebut enggan lagi menyentuh soal Perdana Menteri kelapan dan ‘pengkhianatan’ dalam PKR.

Menurutnya, mereka mahu bergerak ke hadapan dan memfokuskan untuk meningkatkan tahap ekonomi serta perkhidmatan kepada rakyat.

“Kita kan dah tak mahu sentuh isu ini, tiada lagi sentuh isu PM8 (Perdana Menteri kelapan), tiada lagi isu pengkhianatan.

“Kita perlu bergerak ke hadapan, lakukan kerja kita, tingkatkan ekonomi negara dan perkhidmatan kita kepada rakyat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadMohamed Azmin AliPerdana Menteri
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd