• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Mohon Bon Mahkamah Ke Atas Lokman Adam

oleh
30/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon bon mahkamah ke atas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam supaya beliau ‘mengawal’ kenyataannya di laman sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan berbincang dengan pegawai pendakwa raya untuk mengenakan syarat tambahan ke atas jaminan Lokman berhubung satu kes yang dituduh di mahkamah baru-baru ini.

“Kita mahu mengingatkan beliau supaya sentiasa ‘mengawal’ kenyataan yang boleh mengganggu keamanan, ketenteraman dan keharmonian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Huzir berkata, pihaknya mendapati sebanyak 17 kertas siasatan pelbagai kes telah dibuka ke atas Lokman.

“Sebanyak 10 kertas siasatan ke atas Lokman disiasat oleh polis kontinjen negeri dan tujuh kes siasatan terhadap dirinya pula di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

“Kita mendapati banyak kenyataannya berunsur provokasi yang boleh menyebabkan perpecahan, mengganggu ketenteraman awam dan keamanan negara,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kenyataan terbaharu pemilik akaun Facebook ‘Lokman Adam SSR’ yang menghasut Parlimen dibubarkan.

“Kita telah menerima laporan polis berkaitan kes itu pada 27 Oktober lalu dan membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan,” katanya.

Dalam kes berasingan, Huzir memaklumkan, pihaknya turut menyiasat laporan polis berhubung seorang individu yang memuat naik kenyataan yang mempertikaikan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap kaum India.

“Kita juga sedang mengenal pasti komen pada Facebook itu kerana kenyataan terbabit merupakan satu kesalahan mengikut akta sedia ada,” katanya.

Tags: bon mahkamahLokman Adampolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd