• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Persoal Pemimpin India Sokong LTTE Bantu DAP

oleh
30/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal kehadiran ahli politik dari selatan India, Senthamizhan Seeman yang dikesan menyokong perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan dilihat membantu kempen DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Jika DAP tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE, kenapa Seeman membuat video bersama menteri DAP untuk bantu DAP berkempen masa PRU14.

“Individu dalam video itu adalah menteri DAP dengan Seeman. Bendera DAP juga jelas kelihatan,” katanya di Facebook dengan memuat naik pautan video yang memperlihatkan kehadiran Seeman yang duduk bersama seorang menteri dipercayai pemimpin parti berkenaan.

Najib turut memuat naik tangkap layar laporan berita memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin yang mengesahkan DAP tidak terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE, meskipun dua ADUNnya didakwa di mahkamah.

Muhyiddin semalam di Dewan Rakyat berkata, penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit dan bukan mewakili organisasi parti politik.

Awal bulan ini, dua ADUN DAP merupakan antara 12 individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan usaha menghidupkan semula LTTE di Malaysia.

Individu terbabit dilaporkan bukan saja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata tindakan polis menahan 12 individu itu adalah mengikut lunas undang-undang sementara beberapa pihak melabel DAP mempromosikan keganasan. – FMT

Tags: DAPLTTENajib Tun RazakpengganasPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

26/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd