• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8,489 Kes ‘Scammer’ Direkod Tahun Lepas Hingga Ogos

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerugian berjumlah RM410.6 juta membabitkan 8,489 kes direkodkan berlaku sepanjang tahun lepas hingga Ogos lepas (2019) akibat kegiatan jenayah scammer.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis di laman Parlimen berkata, berdasarkan statistik polis, dalam tempoh itu 7,833 kes melibatkan pinjaman tidak wujud juga dilaporkan berlaku melibatkan kerugian berjumlah RM71.7 juta.

“Menyedari pelbagai kes ‘scammer’ yang semakin berleluasa, kerajaan berusaha menangani isu ini termasuk dengan melancarkan portal semakan ‘mule account’ (akaun palsu menggunakan identiti yang dimanipulasi) secara dalam talian melalui laman web rasmi polis.

“Polis juga mewujudkan akaun Facebook ‘Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police’ untuk berkongsi maklumat berkenaan modus operandi kes-kes jenayah siber atau komersial untuk memberi peringatan kepada masyarakat mengenai kegiatan keji ‘scammer’.

“Kita juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik akaun bank rakyat tempatan yang memberi pinjam akaun bank mereka kepada penjenayah selain turut mewujudkan kerjasama dengan institusi kewangan dan Bank Negara untuk mengesan dan membuat tangkapan terhadap pemilik keldai akaun itu,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PH-Sabak Bernam) yang meminta menteri menyatakan jumlah kes “scammer” termasuklah “Macau Scam”, “Love Scam” dan tawaran pinjaman yang tidak wujud bagi tempoh 2018 dan 2019.

Tags: love scamMacau Scampolisscammer
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd