• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Perkhidmatan Pos Malaysia Naik Tahun Depan

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd. terpaksa menyemak semula kadar bayaran pos sejajar dengan peningkatan harga oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU) mulai Januari 2020 untuk menyelaraskan kos operasinya.

“Di sebalik cabaran itu, Pos Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan pos untuk semua dengan memanfaatkan liputan rangkaian penyampaiannya yang pantas di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

UPU ialah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyelaras dasar-dasar pos dalam kalangan negara anggota, sebagai tambahan kepada sistem pos di seluruh dunia.

Baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) mengancam untuk meninggalkan UPU dengan mendakwa syarikat di China membayar kadar subsidi yang tinggi berikutan sistem itu dilaksanakan untuk membantu negara membangun.

AS mendakwa syarikat di China membayar harga lebih rendah untuk menghantar keluar barang ke AS berbanding barang yang dihantar dalam AS.

Pada akhir September, UPU mengadakan kongres luar biasa di Geneva yang membenarkan AS kekal sebagai ahli UPU dan diberikan fleksibiliti untuk negara itu mengisytiharkan kadarnya sendiri.

Menurut laporan media, AS akan menaikkan harga bagi bungkusan di negara lain sebagai pertukaran kepada sumbangan ke atas “dana sukarela” UPU yang merangkumi keselamatan dan pencen.

Negara lain juga boleh menyelaras harga bungkusan untuk destinasi AS pada Julai akan datang serta bayaran dari lokasi lain yang ditetapkan jumlahnya setiap tahun.

Tags: bayaran posperkhidmatanPos Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tan Sri Ahmad Badri Pengerusi Baharu FELDA

Tan Sri Ahmad Badri Pengerusi Baharu FELDA

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir sebagai Pengerusi FELDA yang...

Shabery Cheek Tamat Khidmat Sebagai Pengerusi FELDA

Shabery Cheek Tamat Khidmat Sebagai Pengerusi FELDA

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan tempoh perkhidmatan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd