• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuala Lumpur Perlukan Lebih Banyak Sistem Takungan Banjir

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur memerlukan lebih banyak sistem takungan banjir bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku, terutama ketika musim hujan lebat.

Pakar hidrologi sekitaran, Prof. Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata sistem takungan banjir itu amat diperlukan di kawasan-kawasan berhampiran hilir Sungai Klang seperti Sungai Buloh, Shah Alam dan Petaling Jaya.

Menjadikan Jepun sebagai contoh, beliau berkata negara itu menggunakan sistem takungan banjir yang amat efektif apabila sebuah stadium menjadi tempat bermain bola sepak pada musim kering, namun bertukar kepada kolam ketika musim hujan.

“Cara kita nak kawal ialah melalui penyuraian air banjir. Penyuraian air banjir yang paling efektif adalah melalui pembinaan sistem takungan banjir, di mana fungsinya ialah untuk menyimpan air pada waktu aras air tinggi dan akan melepaskannya apabila hujan dah berhenti,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setakat ini di ibu kota, hanya terdapat satu sistem takungan banjir di lembangan Sungai Klang yang menyalurkan air kepada sekurang-kurangnya tujuh kolam takungan.

“Pengurusan air banjir melalui Terowong SMART itu mengurangkan 45 peratus risiko banjir kepada kawasan-kawasan yang mudah banjir seperti Masjid Jamek, Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak dan Dataran Merdeka.

“Air banjir dari Sungai Ampang dan Klang dilencongkan ke kolam takungan banjir Kampung Berembun, Taman Desa masuk melalui Terowong SMART sebelum disalurkan kembali ke Sungai Kerayong,” katanya.

Petang Selasa lalu, hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat dan beberapa kenderaan dilapor terperangkap. Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Tuanku Abdul Halim di kedua-dua arah serta Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran susur ke parlimen.

Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenal pasti kawasan banjir kilat terlebih dahulu sebelum menambah baik sistem perparitan di sekitar ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dilaporkan sebagai berkata hal ini kerana setiap kawasan mempunyai sistem perparitan berbeza, yang mana ia hanya mampu menampung kapasiti air yang tertentu apabila hujan lebat.

Sementara itu, pakar pengurusan bencana Dr Rustam Zahari berkata antara punca yang paling jelas menyebabkan kawasan ibu negara mudah dilanda banjir kilat adalah kerana banyak kawasan di Kuala Lumpur kini telah menjadi ‘solid surface’ yang berlaku masalah aliran air.

“Puncanya yang paling terang sekarang, bandar raya ini dah banyak solid surface…jalan, turapan, bangunan. Kalau berbanding dengan kawasan kampung, mereka lebih ‘hijau’.

“Di kawasan ‘hijau’ apabila hujan turun, air masuk ke tanah, tapi kita (ibu negara) ada solid surface, jadi perlu ada perparitan, longkang-longkang semua tu untuk mengalirkan air dan longkang-longkang ini pula kita kena selalu selenggara, supaya tidak tersumbat sebab selalu juga tersumbat akibat orang buang sampah,” katanya.

Tambahnya, ada juga longkang yang kurang diselenggara kerana ketika ini di pusat bandar Kuala Lumpur terdapat banyak projek pembinaan melibatkan pengorekan tanah yang secara langsung menyebabkan tanah-tanah masuk ke longkang dan menjadi punca sistem perparitan tersumbat.

Dalam pada itu, beliau mejadikan Malang, Indonesia sebagai contoh untuk mengawal keadaan banjir apabila penduduk di kawasan itu menggunakan kaedah ‘pengumpulan air hujan’.

“Kawasan itu selalu banjir, jadi apa yang dilakukan di rumah mereka ada tempayan dan mereka tampung air. Mungkin kita boleh buat penggunaan air hujan, macam kita simpan air hujan dan gunakan untuk cuci kereta atau menyiram bunga.

“Katalah, di satu kawasan ada sejuta orang semuanya buat, bersamaan 10 juta gelen air tak pergi ke longkang,” katanya.

Tags: banjir kilatkuala lumpursistem takungan banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menggesa supaya cadangan pembinaan Masjid Warisan di sebuah tapak di hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd