• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadual Khas Pantau Ahli Parlimen PH Memalukan

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang terpaksa mengeluarkan satu jadual khas untuk memantau kehadiran ahli-ahli Parlimen amat memalukan.

Pelaksanaan “jadual khas” ini didakwa satu penghinaan kepada ahli-ahli Parlimen dan juga rakyat yang mengundi mereka.

“Adakah wakil-wakil rakyat PH tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin sehingga satu “jadual khas” terpaksa dikeluarkan? Adakah dasar negara bakal ditentukan orang yang bersikap seperti budak-budak sekolah?

“Ini amat memalukan kepada kerajaan PH!” kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon sambil menyifatkan kehadiran ahli-ahli Parlimen adalah tanggungjawab mereka kerana sudah diberi mandat dan gaji mereka dibayar oleh rakyat.

Menurut beliau lagi, “jadual khas” tersebut juga dilihat sebagai langkah terdesak untuk mengelak berlaku lagi kekurangan korum dalam Dewan Rakyat.

Mah khuatir “jadual khas” ini akan digunakan sebagai alasan ahli-ahli Parlimen kerajaan untuk mengelak menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

“Adakah ini keutamaan kerajaan baharu? Untuk memaksa wakil rakyat hadir semata-mata untuk memastikan adanya korum sahaja? Nampaknya PH hanya melihat wakil-wakil rakyat mereka sebagai “rubber stamp” sahaja, dan bukannya untuk menjadi suara rakyat.

“Apakah akan berlaku sekiranya ada wakil rakyat yang tidak menghadiri satu sesi Parlimen pun? Jika mandat rakyat boleh dikhianati, apatah lagi janji-janji PH untuk reformasi institusi Dewan Rakyat?” soalnya. – MalaysiaGazette

Tags: Ahli Parlimenpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd