• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Elaun BITK Tanpa Notis Mendukacitakan – Cuepacs

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 1,084 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di sekolah di Perak yang menjalankan tugas kewangan dinasihatkan untuk berhenti melakukan tugas tersebut selepas Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) mereka ditamatkan tanpa notis.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda yang menerima aduan tersebut, menjelaskan penamatan pemberian elaun sejumlah RM40 itu hanya disedari sewaktu kemasukan gaji Oktober baru-baru ini.

“Penamatan pada saat-saat ini amat mendukacitakan kerana ia merupakan satu isu.. kita tahu bahawa petugas di bawah sekolah ini mereka bekerja siang malam, termasuk Sabtu dan Ahad. Namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) suka-suka menghentikan elaun.

“Ini tidak adil kepada mereka yang sudah berkhidmat… jadi saya minta pembantu tadbir ini supaya hentikan kerja kewangan dan tidak lagi laksanakan tugas-tugas kewangan,” katanya kepada media selepas majlis sambutan ulang tahun ke-62 kesatuan itu, di sini pada Rabu. 

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) yang merupakan ahli gabungan Cuepacs untuk mengadakan pertemuan dengan 1,084 pembantu tadbir yang terlibat.

“Kami akan berjumpa dengan ahli-ahli kami dahulu bagi mendapatkan gambaran sebenar tapi sebelum kami berjumpa, kami mengharapkan maklum balas daripada KPM apakah rasional tindakan ini dan kenapa ini berlaku sekarang,” jelasnya.

Tags: BITKCuepacsElaunKPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd