• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Fail Notis Usul Cabar Sekolah Vernakular Tak Sah

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang peguam memfailkan notis usul ke Mahkamah Persekutuan terhadap kerajaan Malaysia bagi mencabar penubuhan sekolah vernakular sebagai tidak berperlembagaan.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan notis usul itu di Mahkamah Putrajaya mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan melibatkan isu keperlembagaan Akta Pendidikan 1996 untuk diadili oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, melalui notis usul itu, beliau memohon deklarasi bahawa Parlimen tiada kuasa menggubal Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang menubuhkan sekolah vernakular kerana bertentangan dengan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan.

Katanya, menurut Perkara 152(1)(a) Perlembagaan dan menurut kes Mahkamah Persekutuan pada tahun 1986 iaitu kes Universiti Merdeka, sebuah badan awam seperti sekolah yang ditubuhkan kerajaan adalah wajib menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

“Saya tidak menafikan hak Perlembagaan kaum minoriti untuk belajar dan mengajar bahasa ibunda kaum mereka.

“Yang saya persoalkan adalah sebagai agensi kerajaan, sekolah vernakular tidak boleh menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan.

“Sekiranya mahkamah membenarkan permohonan saya dan mengisytiharkan sekolah vernakular sebagai tidak berpelembagaan, saya memohon semua sekolah itu ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan (SK) dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, tidak lagi bahasa ibunda masing-masing,” katanya di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini

Menurut Mohd Khairul Azam yang merupakan Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), keputusan mahkamah itu juga akan menyekat sebarang saluran Bajet 2020 ke atas sekolah vernakular dan semua wang dari perbendaharaan yang pernah disalurkan ke sekolah itu perlu dikembalikan kepada kerajaan.

Beliau mengambil tindakan itu atas dasar menegakkan keluhuran Perlembagaan dan kes berkenaan tidak perlu dimainkan dalam neraca perkauman, sebaliknya ia adalah semata-mata isu undang-undang dan perlembagaan.

“Saya berharap dengan keputusan kes ini nanti, kita akan mendapat kepastian sama ada sekolah vernakular adalah sekolah sah atau sekolah haram di sisi perlembagaan,” katanya.

Tags: Khairul Azam Abdul AzizSekolah Vernakular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Vernakular Tidak Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

29/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil...

Sekolah Vernakular Tak Dipinggir Dalam Belanjawan 2021

09/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa sekolah vernakular dipinggirkan dalam peruntukan Belanjawan 2021 adalah tidak benar, demikian tegas Timbalan Presiden MIC,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd