• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Vernakular Tak Dipinggir Dalam Belanjawan 2021

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa sekolah vernakular dipinggirkan dalam peruntukan Belanjawan 2021 adalah tidak benar, demikian tegas Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, peruntukan khas bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan SJK Cina walaupun tidak dinyatakan ketika pembentangan Belanjawan, sebenarnya terkandung dalam peruntukan Kementerian Pendidikan.

“Sebelum ini, kerajaan setiap tahun memperuntukkan peruntukan khas pembangunan sekolah-sekolah Cina dan Tamil berjumlah RM50 hingga RM100 juta, dan kali ini kita lihat (dalam pembentangan) tiada peruntukan sehingga masyarakat tidak berpuas hati.

“Pagi ini, saya sudah berbincang dengan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) dan Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin) dan mereka mengesahkan penukaran pendekatan.

“Dalam pembentangan Belanjawan sebelum ini, pengumuman (peruntukan) Sekolah Kebangsaan, SJKT dan SJKC diletakkan secara berasingan, tetapi kali ini semuanya diletakkan di bawah (peruntukan) Kementerian Pendidikan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Tengku Zafrul dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu mengumumkan Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar iaitu RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, Menteri Kanan Pendidikan akan mengumumkan pecahan peruntukan secara terperinci untuk setiap jenis sekolah di negara ini dalam masa terdekat.

“Maka, saya minta masyarakat India bersabar sehingga pengumuman dibuat oleh Menteri Pendidikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: belanjawan 2021Sekolah Vernakular
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sekolah Vernakular Tidak Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

29/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil...

Jaringan Prihatin, Rapatkan Jurang Digital Masyarakat

05/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Program Jaringan Prihatin, inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd