• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasharudin Masih Ahli PAS – Mohd Amar

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah, masih lagi ahli PAS, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata, PAS mengambil pendirian tidak akan menggugurkan keahlian Nasharudin sebagai ahli parti itu selagi tiada keputusan mahkamah.

“Dalam kes Nasharudin, beliau baru dituduh dan tidak tahu lagi sama ada beliau bersalah atau tidak. PAS tetap menganggap Nasharudin belum bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah.

“Ia sama dengan kes Lim Guan Eng, (Datuk Seri) Najib atau pemimpin UMNO lain. Namun, sekiranya Nasharudin didapati bersalah kita serahkan kepada parti sama ada memecat atau mengekalkan keahliannya,” kata Mohd Amar kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Nasharudin sebelum ini didakwa terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan 30 pertuduhan pecah amanah jenayah dengan jumlah keseluruhan RM3,979,739.40.

Bagaimanapun semalam beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu. 

Tags: Mohd Amar Nik AbdullahNasharudin Mat IsaPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd