• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Azmin Pandangan Peribadi – Anwar

oleh
23/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan menentukan sama ada Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal atau sebaliknya.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenyataan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, semalam yang menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian PH.

“Itu kenyataan peribadi (Mohamed Azmin). Keputusan ini (Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri), dalam mana-mana sistem demokrasi berparlimen, adalah keputusan parti yang memerintah.

“Maknanya, saya serah kepada Majlis Presiden PH,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Mohamed Azmin semalam yang menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal PRU-14.

Pendirian Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bertentangan dengan konsensus PH membabitkan pertukaran Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh penggal PRU-14, seperti dilaporkan sebelum ini.

Sebelum ini, Anwar dilapor membayangkan akan mengambil alih tampuk pentadbiran negara daripada Dr. Mahathir sekitar tahun depan, iaitu dua tahun selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir.

Anwar turut dilaporkan berkata, wujud perjanjian bertulis menyatakan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir, yang dipersetujui semua parti komponen PH dan dinyatakan kepada umum sebelum PRU-14.

Diminta mengulas kenyataan Mohamed Azmin yang menyifatkan pihak yang mahu mengubah pentadbiran dalam tempoh satu atau dua tahun sebagai cuba menubuhkan kerajaan ‘pintu belakang’, Anwar berkata: “Pintu belakang itu pendapat dialah.”

Anwar berkata, Mohamed Azmin tidak pernah menyatakan pandangannya berhubung peralihan kuasa ketika mereka minum kopi bersama di ‘lounge’ Parlimen minggu lalu.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen Gombak itu wajar mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan konsensus PH kepada umum, Anwar berkata: “Tak apalah, kita faham latar belakang.” – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadMohamed Azmin AliPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd