• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB, Bekas MB Johor Calon PH Bagi PRK Tanjung Piai?

oleh
23/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nama Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan bekas menteri besar, Datuk Osman Sapian tersenarai sebagai calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, namun menegaskan masih belum ada sebarang keputusan dibuat.

“Setakat ini nama dia (Osman) ada tersenarai tapi kita belum buat keputusan.

“Ada cadangan daripada pihak akar umbi yang mencadangkan nama beliau dan nama Menteri Besar yang sedia ada,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu beliau berkata, Bersatu akan mengumumkan calon mereka dalam masa terdekat.

“Dalam masa terdekat akan umum calon. Ada beberapa tarikh tapi belum putuskan,” katanya.

Dua hari lepas, tular poster ucapan tahniah kepada Osman atas pemilihannya sebagai calon Bersatu yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRK Parlimen Tanjung Piai, bulan depan.

Poster berserta gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu menimbulkan pelbagai tanda tanya sama ada beliau calon PRK Tanjung Piai memandang kriteria anak tempatan yang disebut pucuk pimpinan turut dimiliki Osman.

Bagaimanapun, Osman ketika dihubungi Sinar Harian menafikan perkara itu dan menyifatkannya sebagai khabar angin yang dimainkan pihak tertentu terutamanya menjelang penamaan calon pada 2 November ini.

Tags: BERSATUOsman Sapianpakatan harapanPRK Tanjung PiaiSahruddin Jamal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd