• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Desak DAP Nyata Pendirian Mengenai Ronnie Liu

oleh
23/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak agar kepimpinan DAP mengeluarkan kenyataan berhubung kata-kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya, DAP sebagai salah satu parti gabungan Pakatan Harapan (PH) perlu segera kenyataan pendirian mereka berhubung tindakan merendah-rendahkan Bersatu yang dijangka akan membawa kesan buruk kepada gabungan itu.

“Saya nak sarankan kepada pimpinan DAP supaya dapat mengeluarkan kenyataan balas tentang pendirian ahlinya kerana ini bukan membabitkan pendirian pimpinan. Ini lebih kepada pendapat peribadi.

“Saya nak ingatkan kepada Ronnie Liu sebagai sebuah parti yang berada dalam kerajaan sepatutnya beliau bertanya kepada diri sendiri mengenai kedudukan beliau tanpa Bersatu,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Marzuki ditanya mengenai pendapat Bersatu mengenai kata-kata Ronnie dalam tulisannya yang bertajuk Mahathir: The paper tiger mempertikaikan kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti yang diterajuinya iaitu Bersatu.

Beliau berkata, DAP, PKR, Amanah, Warisan dan UPKO yang secara keseluruhannya mempunyai 113 kerusi parlimen cukup untuk membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Dalam pada itu, Marzuki berkata tindakan Ronnie itu dilihat tidak bijak dan tidak perlu sama sekali.

“Saya rasa ini adalah kenyataan kurang bijak dan saya harap pimpinan DAP dapat tangani dengan baik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tags: BERSATUDAPpakatan harapanRonnie liu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

PH Melaka Secara Rasmi Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri

PH Melaka Secara Rasmi Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri

16/07/2026
0

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka tetap dengan keputusan menarik diri daripada kerajaan Melaka selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd