• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Pencen Baharu Tak Beban Kerajaan, Tak Rugi Pekerja

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mekanisme baharu skim pencen akan mengelak bebanan kepada kewangan kerajaan tetapi pada masa sama tidak merugikan penjawat awam selepas menamatkan perkhidmatan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, memberi jaminan skim baharu itu tidak akan membabitkan kakitangan sedia ada yang akan terus menerima faedah pencen seperti biasa jika beralih kepada skim baharu.

Katanya, penjawat awam sedia ada akan kekal dengan perjanjian mereka tandatangani dan skim baharu hanya membabitkan pekerja baharu.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh mengabaikan perjanjian yang ditandatangani dengan pekerja.

“Kita tak boleh abaikan perjanjian dengan pekerja. Mereka yang bekerja mengikut dasar lama akan kekal dengan dasar berkenaan,” katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy meminta jaminan kerajaan terhadap pekerja semasa khususnya membabitkan ganjaran terbitan, pencen dan perubatan jika dasar baharu dilaksanakan.

Kepada soalan tambahan Dr. Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berhubung kebajikan pesara badan berkanun yang diswastakan seperti Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini semakin berusia dan tidak lagi mampu bekerja untuk menyara hidup dan bayaran perubatan, Dr. Mahathir berkata kerajaan prihatin terhadap kebajikan mereka.

Katanya, kerajaan sememangnya ingin memberikan seberapa banyak bantuan kebajikan tetapi keupayaan kewangan terhad.

Beliau berkata, ini ditambah dengan kos rawatan perubatan yang semakin meningkat terutama membabitkan pembedahan.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berhubung skim lantikan kontrak dan kerajaan jangan membuang ‘tongkat’ (bantuan) yang diberikan kepada pekerja Melayu, Perdana Menteri berkata, orang Melayu kena ingat bahawa kerajaan tidak mampu memberikan pekerjaan kepada semua.

Katanya, sebab itulah kerajaan memberikan pelbagai latihan kepada mereka sejajar Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). – BH Online

Tags: Kerajaan Pakatan HarapanPenjawat AwamSkim Pencen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd