• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Saman Fitnah Raja Petra

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin berhubung 10 artikel dalam talian mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Memetik laporan Malaysiakini, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu memfailkan pernyataan tuntutannya melalui firma undang-undang Messrs Simon Murali&Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 September lalu.

Guan Eng menyaman Raja Petra berhubung beberapa siri artikel ‘Dari Fail SPRM’ yang disiarkan di laman blog Malaysia Today, dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, antara 24 Februari hingga 15 Mac.

Artikel yang didakwa memfitnah itu berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu dakwaan rasuah dalam projek infrastruktur Pulau Pinang.

Pernyataan tuntutan itu antara lain menyebut nama-nama pemimpin yang dirujuk, antaranya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas; bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Pengerusi serta Pengarah Urusan Consortium Zenith Constructions Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Pada 3 Mac lalu, Guan Eng dilaporkan berkata bahawa projek terowong bawah laut Pulau Pinang itu telah diserahkan kepada kontraktor Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd melalui tender terbuka. – Sinar Harian

Tags: Lim Guan EngRaja Petra Kamaruddinterowong dasar laut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd