• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Umum Peruntukan RM3 Juta Menjelang PRK Tanjung Piai?

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan agihan peruntukan bernilai RM3 juta bagi menaik taraf tiga jeti nelayan dalam Parlimen Tanjung Piai di Pontian menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu bulan depan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu membuktikan kerajaan PH seolah-olah memungkiri janji manifesto pilihan raya iaitu tidak sesekali akan membeli undi sebelum pilihan raya.

Lebih malang beliau menegaskan pengumuman pemberian dana dilakukan seorang menteri PH turut menunjukkan penggunaan jentera kerajaan sedang berlaku.

“(Menteri) pergi sana (Tanjung Piai) umum dana RM4 juta dan sebagainya, untuk apa?

“Kenapa sekarang? Kenapa bukan sebelum pilihan raya?

“Dulu dia kata jangan beli undi sebelum pilihan raya, jangan guna jentera kerajaan, jangan guna kedudukan dalam kerajaan untuk membeli undi. Tetapi sekarang mereka mula beli undi,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengenai projek menaiktaraf tiga jeti nelayan dalam Parlimen Tanjung Piai di Pontian dengan peruntukan RM3 juta semalam.

Salahuddin pada sidang media semalam memaklumkan pelaksanaan projek itu diharap dapat merancakkan lagi ekonomi nelayan dan masyarakat setempat di kawasan terbabit.

Ismail Sabri berkata, kerajaan PH sepatutnya sudah menyelesaikan segala pengumuman pemberian peruntukan kepada rakyat Parlimen Tanjung Piai memandangkan mereka sudah menjadi kerajaan selama setahun setengah.

Menurutnya, tindakan itu sangat jelas membuktikan kerajaan PH tidak pernah menghormati janji-janji termaktub dalam manifesto pilihan raya mereka sebelum ini.

“Dalam manifesto pilihanraya pun mereka kata pilihan raya mesti bebas daripada campur tangan kerajaan tetapi kini sudah berlaku sebaliknya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ismail Sabri Yaakobpakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd