• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Tersenarai Calon Oscar 2020

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM animasi popular tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les’ Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan pada Anugerah Academy atau Oscars 2020 bagi kategori Filem Animasi Terbaik.

Syarikat produksi tempatan itu berkongsi berita gembira itu menerusi catatan di laman rasmi Instagram dan Twitter rasmi miliknya.

“Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa yang lain bagi pencalonan Oscars 2020.

“Terima kasih rakyat Malaysia di atas sokongan luar biasa terhadap filem ini,” tulis syarikat itu.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bersaing dengan filem animasi antarabangsa seperti The Angry Birds Movie 2, Toy Story 4, The Secret Life of Pets dan Frozen 2.

Filem animasi yang mula ditayangkan pada 21 Mac lepas itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta iaitu selepas tiga minggu ia ditayangkan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta di Malaysia.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mengisahkan mengenai pengembaraan dua beradik itu yang digarap dengan beberapa karakter daripada kisah hikayat dongeng Melayu lama antaranya Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan Si Tanggang.

Filem menelan kos RM20 juta itu baru-baru ini diangkat sebagai Filem Cetera Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (Animaze) di Montreal, Kanada.

Selain menembusi pasaran China, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal turut ditayangkan di Indonesia, Vietnam, Uzbekistan dan India.

Tags: filem animasikeris siamang tunggalOscar 2020Upin & Ipin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ejen Ali The Movie Ditayangkan Di Indonesia 1 Januari

27/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Filem animasi ketiga Malaysia tahun ini, Ejen Ali The Movie bakal menggegarkan pawagam Indonesia bermula 1 Januari...

Ejen Ali The Movie Raih Kutipan RM20 Juta

13/12/2019
0

FILEM animasi Ejen Ali The Movie menjadi penanda aras kejayaan Primeworks Studio apabila meraih kutipan RM20 juta sepanjang dua minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd