• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Belum sedia Benarkan Pengusaha Terbangkan Kereta

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan masih belum bersedia membenarkan pengusaha menerbangkan kereta terbang di negara ini susulan peraturan dan perundangan berkaitan inovasi itu belum siap digubal.

Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata program kereta terbang itu adalah inisiatif swasta, justeru kerajaan tidak mengawal perkembangan inovasi itu jika terdapat kelewatan pada tarikh pelancarannya.

Sebaliknya, katanya, tugas kerajaan adalah untuk membantu usahawan dengan menyediakan ruang, perundangan dan peraturan supaya inovasi seperti kereta terbang dapat berlaku di negara ini.

“Kerana itu, kami mengadakan rundingan dengan kementerian dan agensi penguatkuasaan berkaitannya supaya bila kereta itu siap kelak ia boleh diterbangkan.

“Kami hanya dimaklumkan perkembangannya dan berdasarkan makluman itu ia (kereta terbang) memang dalam pembangunan, saya rasa tidak lama lagi, kerana tidak terlalu jauh untuk mencapai sasaran walaupun terdapat kelewatan bukan pada Oktober (untuk dilancarkan).

“Tidak pernah ada sasaran masa yang kita diperuntukkan untuk pembangunannya, namun adakah kita bersedia untuk membenarkan mereka terbang, sudah tentu tidak, kerajaan masih belum bersedia,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan Persidangan Masa Depan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama dua hari bermula hari ini.

Ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat Julai lalu, Redzuan memaklumkan prototaip kereta terbang pertama Malaysia dijangka akan dilancarkan kepada umum seawal Oktober tahun ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kelewatan itu mungkin berpunca daripada penerapan teknologi baharu dalam pembangunan inovasi terbabit.

“Bila kita cakap soal teknologi ia berubah setiap masa dan teknologi berkembang dengan pantas setiap masa. Maka mungkin syarikat terbabit sedang menerapkan teknologi baharu sehingga menyebabkan kelewatan.

“Perlulah diingat ini adalah inisiatif swasta, maka ia tidak menggunakan duit kerajaan, sebaliknya itu dana dalaman syarikat, kerana itu saya rasa mereka masih dalam landasan yang betul untuk pembangunannya,” katanya. – BH Online

Tags: kereta terbangpakatan harapanRedzuan Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd