• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Pernah Bincang Tubuh Kerajaan Tanpa Amanah, DAP

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah membincangkan penubuhan kerajaan baharu melibatkan beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi mengecualikan Amanah dan DAP.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak pernah menyuarakan cadangan tersebut secara peribadi kepadanya.

“Saya tidak tahu. Kita pun tak tahu. Tidak pernah (Hishammuddin maklumkan). Apa yang berkaitan dengan keputusan besar parti seperti ini mesti diputuskan oleh parti.

“Jadi tidak Ada perbincangan di peringkat Majlis Tertinggi pun tidak ada. Jadi ini tidak ada isu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong didakwa dalang menggerakkan kewujudan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.

Ia disuarakan berdasarkan penulisan Hishammuddin dan wawancaranya yang kelihatan cenderung memberi isyarat akan kembali kepada politik.

Hishammuddin telah menepis dakwaan tersebut yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Bahkan, beliau menganggap PH cuba menjadikan parti pembangkang sebagai kambing hitam terhadap krisis dalaman yang dihadapi gabungan tersebut.

Hishammuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong itu dilaporkan mencadangkan supaya UMNO dan PAS menyertai PH tanpa penyertaan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Majlis Setiausaha PH dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Hishammuddin itu akan dapat menghidupkan kembali budaya politik dan pentadbiran negara berasaskan kaum.

Majlis itu menegaskan mereka berpegang teguh kepada Muafakat PH yang dipersetujui secara bersama oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Amanah dan DAP untuk kekal dalam kerajaan PH yang turut dianggotai Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Kabinet. – Sinar Harian

Tags: Ismail Sabri Yaakobpakatan harapanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd