• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Akan Laksana Penuh Inisiatif #MalaysiaKerja

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bagi mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik untuk belia dan wanita akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap dalam masa lima tahun kerajaan akan dapat mewujudkan tambahan peluang pekerjaan sebanyak 350,000 untuk rakyat Malaysia.

“Program ini berbeza dengan yang lain dan memberi kebaikan kepada majikan juga.

“KWSP akan buat pengumuman tentang mekanismenya dan sudah tentu ia akan buat taklimat (mengenai inisiatif #MalaysiaKerja),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Belanjawan 2020 di sini hari ini.

Jumaat lepas, kerajaan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bagi mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik untuk golongan belia dan wanita, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing berkemahiran rendah.

Guan Eng berkata, Malaysia@Kerja dibahagikan kepada empat program yang disasarkan kepada pekerja dan majikan dengan menyediakan pelbagai insentif.

Empat program itu adalah #GraduanKerja (Graduates@Work) direka khusus untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan.

Di bawah program ini graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima manakala majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh yang sama.

Di bawah program #WanitaKerja (Women@Work) yang bertujuan mewujudkan 33,000 peluang pekerjaan setahun untuk wanita berusia di antara 30 hingga 50 tahun dan telah berhenti bekerja selama setahun atau lebih.

Wanita yang kembali bekerja akan diberi insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan, manakala majikan pula akan diberi insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan dalam bagi tempoh yang sama.

Sebagai tambahan, pengecualian cukai pendapatan bagi wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan selama empat tahun sehingga 2023.

Sementara itu, program #WatanKerja (Locals@Work) pula adalah program kesamarataan kos pengambilan pekerja yang bertujuan mengalihkan kebergantungan ke atas pekerja asing berkemahiran rendah.

Rakyat tempatan yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Manakala majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.

Program #PerantisKerja (Apprentice@Work) adalah program insentif Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bentuk elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus TVET bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus TVET.

Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat yang menyertai program #PerantisKerja juga dilanjutkan.

Tags: KWSPLim Guan Engmalaysia kerjapekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd