• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Gugur Exco Ditahan Polis – KM Melaka

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Menteri, Adly Zahari berkata tiada keperluan bagi menggugurkan Exco Melaka yang kini ditahan berhubung isu dakwaan penglibatan dalam kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Buat masa ini kata beliau, tugas wakil rakyat terbabit akan diambil alih Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka, Tey Kok Kiew manakala bagi jawatan pegawai eksekutif akan ditetapkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Hasim Hasan kelak.

Exco terbabit, G Saminathan yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia ditahan Khamis lalu. Beliau juga ADUN kawasan Gadek.

Saminathan merupakan antara dua ADUN DAP ditahan polis bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Semalam, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin akan memantau segala gerak kerja khidmat bakti kepada masyarakat bagi kawasan DUN Seremban Jaya ekoran ketiadaan wakil rakyatnya P Gunasekaran yang kini ditahan polis.

Beliau berkata ini bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapatkan bantuan dan khidmat.

Mengulas lanjut, Adly memberitahu kerajaan negeri Melaka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan tiga individu di Melaka disyaki terlibat dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana membabitkan LTTE.

Menurut beliau pihaknya mahu siasatan dijalankan dengan telus dan sekiranya mereka didapati bersalah tindakan mengikut undang-undang sedia ada perlu diambil.

“Kita sedia berikan kerjasama kepada pihak keselamatan dan kita berharap agar siasatan yang lengkap dapat dilaksanakan, sekiranya mereka terlibat mereka harus didakwa, namun jika mereka tidak bersalah, mereka harus dibebaskan,” kata beliau, lapor Bernama.

Tiga daripada 12 individu iaitu seorang ADUN, pegawai eksekutif sebuah perbadanan dan ahli majlis perbandaran masing-masing ditahan, atas dakwaan terlibat dengan kumpulan LTTE.

Tags: Adly ZahariADUN DAPExco MelakaLTTE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

22/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan...

Wayang 1st Class DAP!

Wayang 1st Class DAP!

14/07/2026
0

Oleh Lim Sian See  Hei, DAP… kamu guna wayang yang sama di Johor beberapa bulan lalu, dan akhirnya kalah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd