• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2020: PH Tidak Serius Bantu Peneroka Felda

oleh
12/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) menyifatkan Belanjawan 2020 tidak menggambarkan keseriusan kerajaan Pakatan Harapan mengimbangi dan membantu warga Felda ke arah kehidupan yang lebih baik.

Presidennya Naraza Muda berkata PH tidak berusaha menghapuskan hutang peneroka yang mencecah RM7.5 bilion dan tiada peruntukan kursus untuk peneroka menghadapi ketidakstabilan harga sawit beberapa tahun kebelakangan ini.

“Dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM810 juta ia tidak mengembirakan 112,635 peneroka serta 2 juta warga Felda.

“Daripada peruntukan RM810 juta, perbelanjaan belanjawan ini diagih kepada lima kluster tertentu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Lim Guan Eng berkata, peruntukan tersebut diperuntukkan kepada lima perkara antaranya RM250 juta untuk program bagi meningkatkan pendapatan 11,600 peneroka di seluruh negara.

Kedua, RM300 juta untuk hapus kira faedah pinjaman peneroka, ketiga; RM100 juta bagi bekalan air Felda, keempat; RM70 juta untuk perumahan generasi baru peneroka dan RM90 juta untuk menaik taraf jalan dan infrastruktur asas di kawasan Felda.

Naraza berkata bagi program meningkatkan pendapatan peneroka, hanya 11,600 peneroka terlibat sedangkan jumlah keseluruhan peneroka 112,635 orang dengan peruntukkan RM250 juta.

“Kenapa hanya sebahagian kecil? Bagaimana dengan 101,035 peneroka lagi,” soalnya.

Tambahannya, bagi penghapusan kira faedah pinjaman juga menimbulkan pertanyaan sama ada ia dari akaun pembangunan tanam semula atau akaun pinjaman sosial.

“Jika dari akaun pembangunan ladang peneroka apakah penghapusan kira ini hanya melibatkan faedah 6.25% yang dikenakan sebelum ini?”

Bagi RM70 juta untuk perumahan generasi baru, kata Naraza, isu itu sangat kritikal dengan anggaran RM1 bilion diperlukan.

Mengulas menaik taraf jalan dan infrastruktur, katanya, ia adalah perbelanjaan biasa dan tiada yang dapat dibanggakan. Namun beliau menyambut baik peruntukan RM100 juta bagi bekalan air. – FMT

Tags: belanjawan 2020pakatan harapanPeneroka FELDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd