• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Defisit Fiskal Dijangka Berada Pada 3.2% Daripada KDNK

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan defisit fiskal meningkatkan sedikit kepada 3.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding sasaran awal tiga peratus seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Peningkatan ini disebabkan oleh keputusan strategik kerajaan bagi mengukuhkan aktiviti ekonomi domestik sebagai langkah segera untuk menyokong dan mengekalkan momentum pertumbuhan berikutan unjuran pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan, menurut laporan itu.

Sehubungan itu, defisit keseluruhan pada 2020 dijangka lebih rendah berbanding 3.4 peratus dengan konsolidasi fiskal kekal pada trajektori dan kedudukan hutang pada paras terkawal.

Menurut laporan itu, hasil kerajaan Persekutuan dijangka mencatatkan RM244.5 bilion atau 15.2 peratus daripada KDNK pada 2020, manakala kutipan hasil cukai adalah lebih tinggi iaitu RM189.9 bilion dan hasil bukan cukai RM54.6 bilion.

Langkah segera yang bakal diambil termasuklah peruntukan suntikan tambahan iaitu 0.2 peratus daripada KDNK menerusi perbelanjaan pembangunan untuk merancakkan semula pelaburan awam melalui pembentukan modal bagi mengukuhkan potensi ekonomi jangka masa panjang, kata laporan itu.

Peruntukan ini akan digunakan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek terutamanya projek pengangkutan dan perhubungan berimpak tinggi seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 2 serta Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.

Laporan itu menjelaskan projek pembangunan berskala kecil juga akan dilaksanakan seperti menaik taraf sekolah daif, klinik, loji rawatan air dan pembetungan serta kemudahan infrastruktur jalur lebar di pinggir bandar.

Projek tersebut dijangka mempunyai kesan pengganda yang tinggi kepada ekonomi ke arah mencapai pembangunan inklusif.

Di samping itu, peruntukan juga disediakan bagi pelaksanaan pelan rasionalisasi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Tabung Haji serta komitmen bayaran khidmat hutang yang lebih tinggi untuk SRC International Sdn. Bhd.

Menurut laporan itu, kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada program yang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana pendapatan seterusnya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Tags: belanjawan 2020defisit fiskalKDNK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd