• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Akan Hadir Beri Keterangan Di Bukit Aman

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan hadir untuk direkod percakapan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dimuat naik di Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Najib akan dipanggil bersama beberapa individu lain termasuk Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bagi membantu siasatan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

“Kita sudah menghubungi Datuk Seri Najib dan beliau yang bersetuju untuk hadir dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pengurusan, di Bukit Aman hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Tambahnya polis menerima dua laporan iaitu satu daripada dibuat oleh pengawal peribadi Sultan Selangor dan satu lagi daripada setiausaha sulit Nga Kor Ming.

“Menerusi laporan dibuat pengawal peribadi baginda, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan proses merekod keterangan Kor Ming juga telah selesai. Kita juga akan panggil Kor Ming dalam masa terdekat untuk siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tegasnya, polis akan menggunakan Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah jika perlu sekiranya individu berkenaan enggan memberi kerjasama bagi membantu siasatan berkenaan.

Selasa lalu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan.

Kor Ming sebelum ini memaklumkan satu laporan bersama bukti akan diserahkan kepada polis selepas mendakwa wujud konspirasi politik jahat yang cuba mencemar nama baiknya dan DAP.

Beliau mendakwa kenyataan yang dikongsi Najib di Facebook adalah akaun palsu yang menyamar mewakili dirinya dan DAP.

Tags: Bukit AmanNajib Tun RazakNga Kor MingPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd