• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Bahagian Badan Manusia Ditemui Dalam Semak

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia tidak lengkap di semak berhampiran jalan utama Kampung Ladang berhampiran kawasan perindustrian Krubong hari ini.

Ketua Polis Melaka Tengah, Afzanizar Ahmad berkata individu itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum bahagian-bahagian badannya itu dibuang kira-kira lima hari lepas.

“Saya boleh katakan kita temui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia dalam keadaan tidak lengkap di atas tanah dan masih belum dapat memastikan berapa mangsa terlibat. Bahagian badan serta identity hanya dapat diketahui selepas selesai proses bedan siasat,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian malam ini.

Beliau berkata maklumat awal penemuan bahagian badan itu diketahui selepas seorang pekerja lelaki berumur 37 membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak.

Menurut lelaki itu, dia terjumpa bahagian badan manusia itu di atas tanah ketika melakukan kerja-kerja memotong rumput kira-kira 4 petang tadi.

Afzanizar berkata bahagian badan manusia itu akan dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Menurutnya kes sedang disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana polis percaya ia berkaitan dengan kes pembunuhan.

“Kita masih belum membuat sebarang tangkapan, sekiranya orang ramai mempunyai kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Tags: Bahagian badan manusiakes pembunuhanPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd