• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Tewas 0-1 Di Tangan Vietnam

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Impian Malaysia membawa pulang tiga mata penuh dari Hanoi lebur apabila tewas tipis 0-1 kepada Vietnam dalam saingan ketiga kumpulan G pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, di sini, malam ini.

Penyerang Nguyen Quang Hai muncul wira skuad Naga Emas apabila bijak menyudahkan hantaran jauh Que Ngoc Hai untuk menewaskan penjaga gol Harimau Malaya, Mohd Farizal Marlias, pada minit ke-40.

Pada awal perlawanan, skuad Harimau Malaya hampir berada di depan pada minit ke-10 apabila tandukan Muhammad Syafiq Ahmad hasil daripada tendangan sudut gagal dimanfaatkan dalam keadaan kelam kabut di depan pintu gol lawan.

Skuad Naga Emas bimbingan jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang Seo hampir menambah derita Harimau Malaya apabila rembatan pemain gantian Nguyen Anh Duc pada minit ke-71 berjaya disekat pemain pertahanan negara, Shahrul Mohd Saad selepas Mohd Farizal terkeluar daripada kedudukan.

Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia menghuni tangga keempat dalam kumpulan dengan tiga mata selepas tiga perlawanan manakala Vietnam melonjak ke tangga kedua dengan berkongsi empat mata dengan pendahulu kumpulan, Thailand.

Malaysia akan berdepan dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 November ini diikuti Indonesia di venue sama pada 19 November ini.

Sementara itu, Hang Seo bangga dengan prestasi anak buahnya sepanjang 90 minit perlawanan.

“Pihak lawan amat memahami gerakan kami tetapi pemain mematuhi arahan taktikal dengan baik sekali walaupun hanya menang dengan satu gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Dalam pada itu, jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan bercakap dengan wartawan dan penolongnya, S. Balachandran memuji anak buahnya kerana memberi saingan sengit.

“Kami menentang dengan pasukan yang kuat dan kami bermain dengan baik sekali. Kami mempunyai peluang pada separuh masa pertama tetapi gagal mengambil kesempatan.

“Bagaimanapun, peluang ke pusingan seterusnya masih terbuka,” katanya.

Tags: Harimau Malayakelayakan piala asia 2023kelayakan piala dunia 2022Vietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang diketahui umum sebagai mahir dalam masakan menunjukkan...

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd