• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turun Cukai, Naikkan Subsidi Itu Permintaan Mustahil – Mahathir

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permintaan supaya kerajaan menurunkan kadar cukai dan pada masa yang sama menaikkan subsidi tidak mungkin dapat dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, harus ada keseimbangan antara cukai dan subsidi agar kerajaan dapat menjana pendapatan dan memberi subsidi.

“Saya baca di surat khabar bahawa rakyat inginkan cukai yang lebih rendah dan menaikkan subsidi. Kami tidak boleh beri cukai yang lebih rendah dan menaikkan subsidi.

“Perlu ada keseimbangan antara kedua-duanya. Kami cuba mengurangkan cukai namun kerajaan mesti mempunyai wang.

“Jika nak beri subsidi, kerajaan perlu ada wang, jika turunkan terlalu rendah, kami tidak mempunyai wang dan tidak boleh memberi subsidi,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai jangkakan dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian apabila merujuk kepada senarai harapan pra-Belanjawan 2020 yang dijalankan oleh media yang mendapati responden mahukan cukai yang lebih rendah dan subsidi yang lebih tinggi terutama barangan keperluan termasuk beras, tepung, minyak masak dan lain-lain.

Beliau berkata, kerajaan sedang cuba untuk mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada orang kaya, yang merupakan prinsip dalam sistem percukaian Malaysia manakala subsidi hanya diberikan kepada yang layak.

“Subsidi tidak diberikan kepada semua orang ia mesti diberikan kepada kumpulan yang layak.

“Dalam kalangan B40 sendiri terdapat mereka yang tidak memerlukan subsidi dan kami akan mengkaji secara teliti siapa yang harus menerima subsidi daripada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, mengenai tawaran untuk pengambilalihan konsesi lebuh raya bertol PLUS Malaysia Bhd., Dr. Mahathir berkata, kerajaan perlu menilai semua cadangan dengan rapi.

“Terdapat banyak cadangan untuk mengambil alih PLUS. namun kerajaan perlu memastikan wang kerajaan digunakan dengan bijak, bukan hanya kerana kita mahu melindungi kerajaan atau menentang pembida tertentu.

“Ia mesti dinilai dengan baik dan jika tawaran sektor swasta itu baik, kami akan mempertimbangkannya,” katanya.

Tags: kadar cukaiMahathir Mohamadpakatan harapansubsidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd