• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Lokasi Wajib Untuk Pelancong Di Taiwan

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEGARANYA mungkin tidak terlalu besar, namun pilihan tempat yang boleh dilawat sebaliknya terlalu banyak. Dari binaan moden kepada bangunan bersejarah hingga gunung dan pantai yang landai, Taiwan menawarkan semuanya yang terindah. Ramai yang tidak tahu kerana sebelum ini Taiwan tidak aggresif menarik pelancong. Namun semua itu telah berubah sejak beberapa tahun yang lalu. 

Kini pemerintah Taiwan memberikan penumpuan yang tinggi kepada aspek pelancongan termasuk pelancongan yang mesra dengan pengunjung Muslim.

Andai anda berminat untuk ke sana, berikut adalah 20 lokasi pelancongan utama yang mungkin menjadi pilihan anda. Ini hanya cadangan pada kami, masih ada banyak lagi lokasi dan aktiviti yang boleh anda cuba serta terokai.

1. Taipei 101

Suatu masa dahulu ia merupakan bangunan yang paling tinggi di dunia dan sering menjadi sebutan. Hari ini ia tidak lagi memegang gelaran tersebut, namun masih merupakan satu lokasi yang sangat diminati. Selain ketinggian dan rupa bentuk, peredam jisim (mass damper) seberat 728 tan yang menahan bangunan itu dari sebarang impak gempa bumi boleh dilihat dari beberapa sudut berlainan dalam Taipei 101 juga merupakan sesuatu yang sangat menarik.

2. Muzium Istana Kebangsaan

Salah satu tempat yang menghimpunan koleksi terbesar artifak berkaitan raja dan bangsawan China. Ia umpama menghubungkan dunia hari ini dengan zaman maharaja China. Sebahagian besar himpunan merupakan koleksi yang diselamatkan oleh kerajaan pimpinan Chiang Kai Shek ketika mereka melarikan diri daripada Revolusi Kebudayaan Tanah Besar China.

3. Lembah Taroko

Beberapa jam menaiki keretapi dari Taipei, anda akan sampai ke Taman Negara Taroko, salah satu keajaiban semulajadi yang paling banyak dilawati di Taiwan. Ikuti denai yang ada dan anda akan sampai ke Kuil Mata Air Abadi yang merupakan satu air terjun yang amat mengagumkan.

4. Taman Negara Yushan

Sebuah lagi taman yang dipenuhi keindahan dan puncak-puncak gunung batu yang amat cantik. Di sini terletaknya gunung yang tertinggi di Taiwan bersama banyak lagi puncak yang indah seperti Sanqinshan.

5. Kawasan Pergunungan Indah Alishan

Laluan keratapi pergunungan Alishan sememangnya sangat popular bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan, malah juga pelancong luar. Keretapi akan bergerak ke puncak gunung di mana wujudnya banyak laluan pejalan kaki untuk memberikan ruang fotografi yang sangat cantik.

6. Tasik Matahari Bulan

Ia merupakan tasik atau kawasan air bertakung yang terbesar di negara pulau berkenaan. Amat sesuai untuk percutian jangka pendek. Ada banyak hotel di sekeliling tasik yang sibuk dengan kapal layar yang membawa pengunjung dari satu bahagian ke bahagian yang lain tasik itu. Turut disediakan adalah perkhidmatan kereta kabel yang akan membawa anda ke Kampung Kebudayaan Kaum Asli Formosa.

7. Maokong

Sebelum berfikir lebih lanjut, biar admin jelaskan, bahawa ia adalah sebuah zoo. Terletak dalam wilayah Taipei dan dikatakan port minum teh yang terbaik di negara itu. Hendak sampai ke Maokong, ada boleh naik gondola yang menjadikan ia antara trip harian pelancongan yang paling menarik di Taipei.

8. Pagoda Naga Dan Harimau

Terletak dalam wilayah Kaohsiung, ia dibuka setiap hari bermula 8 pagi hingga 6 petang. Terletak di bucu Tasik Lotus (teratai). Ia antara tarikan terbaik di Kaohsiung. Dari puncak, anda akan dapat menyaksikan keindahan tasik berkenaan.

9. Kawasan Pemandangan Nasional Maolin

Terletak di selatan Kaohsiung. Di sini anda akan menemui Lembah Rama-rama Ungu, yakni kediaman untuk jutaan rama-rama jenis Euploeini. Satu pemandangan yang mengagumkan andai anda tiba pada masa yang tepat untuk menyaksikannya setiap tahun.

10. Perkampungan Pelangi

Terletak di bandar Taichung, perkampungan penuh warna warni ini adalah idea seorang penduduk tempatan, Huang Yung-Fu. Kampung ketenteraan itu pada asalnya kelihatan membosankan dan suram, menyebabkan Yung-Fu mencapai beberapa berus dan mula mewarna dinding-dinding yang ada, hasilnya: sebuah perkampungan yang ceria dan mengamit keseronokkan di jiwa ramai pengunjung. Hebat apa yang satu idea kecil boleh lakukan dalam mengubah sesuatu tempat.

11. Roda Ferris Miramar

Andai anda berjalan-jalan ke Taman Hiburan Miramar di Taipei City, anda akan bertemu dengan roda Ferris gergasi seperti dalam gambar ini. Anda boleh menikmati keindahan keseluruhan bandar dengan menaiki permainan itu.

12. Penghu

Salah satu lokasi hujung minggu paling popular di Taiwan ialah berkunjung ke kepulauan Penghu. Umpama syurga untuk peminat makanan laut dan kawasan berpantai yang indah. 

13. Pasar Malam Shilin

Sebenarnya ada banyak pasar malam di Taiwan, tetapi pasar di Shilin antara yang mudah dikunjungi dan menyediakan pelbagai barangan serta juadah yang pasti memikat selera sesiapa sahaja. Layan mata melihat barangan dan pelbagai makanan yang dijual.

14. Mata Air Panas Yangmingshan

Taman Negara Yangmingshan adalah taman negara yang paling mudah untuk dikunjungi dari bandar Taipei. Anda hanya perlu menaiki bas sekejap sahaja untuk tiba ke lokasi. Taman itu merupakan rumah kepada gunung berapi yang telah dorman atau tidak aktif. Keadaan itu menyebabkan wujudnya banyak mata air panas di kawasan berkenaan. Kawasan yang dinamakan Xiaoyoukeng adalah antara lokasi mata air panas yang terbaik.

15. Kuil Longshan

Dibina dalam era Dinasti Qing (1738), kuil ini menempatkan banyak patung-patung dewa dari kuil lain yang telah musnah. Ia terselamat dari operasi pengeboman oleh musuh pada perang dunia ke-2 dan merupakan salah satu kuil yang paling terkenal di Taiwan. 

16. Muzium Chimei

Asalnya ia ditubuhkan oleh Chimei Corporation pada 1992 dan kemudian berpindah ke lokasi sekarang di Tainan City pada 2014. Ia memiliki koleksi seni barat, instrumen muzik dan senjata. Reka bentuknya dipengaruhi dengan hebat oleh kesenian Eropah, menjadikannya sebagai muzium yang unik di Taiwan. Ia dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

17. Memorial Peringatan Chiang Kai-shek

Salah satu destinasi paling popular di Taipei. Daya penarik utama adalah patung gergasi Chiang Kai-shek yang dikawal pengawal. Pengunjung juga boleh menyaksikan pertukaran pengawal pada waktu-waktu tertentu. 

18. Jalan Kenting

Sekali bunyi macam Jalan Genting, tetapi bukan yea. Sebenarnya ia adalah lokasi pelancongan pantai yang terletak dalam kawasan Taman Negara Kenting yang memiliki air terjun, laluan pejalan kaki (hiking) dan hutan yang tebal. Kawasan pantai berhampiran Jalan Kenting bagaimanapun adalah pilihan utama pengunjung.

19. Muzium Buddha Fo Guang Shan

Kalau anda bukan penganut agama Buddha sekali pun, ini tetap satu lokasi yang sesuai untuk dikunjungi andai anda bergelar pelancong. Patung Buddha dan pagoda-pagoda yang memagarinya adalah satu pemandangan yang begitu menarik. 

20. Kubu Zeelandia

Dibina dalam tahun 1600 oleh Syarikat Timur Hindia Belanda, bekas kubu Belanda ini memainkan perana penting ketika negara Eropah berkenaan menjajah bahagian barat pulau berkenaan dalam kurun ke-17. Kubu ini telah dibaik pulih dan kelihatan gagah seperti di zaman kemuncaknya. Ia terletak di Tainan City 

Nota tambahan, senarai di atas hanya sebagai cadangan dan rujukan. Sebenarnya Taiwan menawarkan lebih banyak lagi keindahan bagi pelancong luar. Untuk pelancongan muslim umpamanya, lawatan ke masjid-masjid utama mungkin satu pilihan tambahan yang menarik. Lawati laman web Taiwan Tourism atau berhubung dengan agensi pelancongan pilihan anda bagi mendapatkan gambaran lokasi-lokasi menarik di Taiwan – Heart of Asia. – Mynewshub.TV

Tags: islamMuslimPelancongtaiwan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan Harga Siling Petrol

Next Post

“Bukan Saya Saja Yang Nak Shahir” – Erra Fazira

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Next Post

"Bukan Saya Saja Yang Nak Shahir" - Erra Fazira

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd