• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Sifatkan Hutang Negara Satu Kegilaan Melampau

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan Belanjawan 2020 perlu memberi penekanan kepada penyelesaian masalah hutang negara yang didakwa kini mencecah RM810 bilion berbanding sebelum ini sebanyak RM686 bilion.

Beliau berkata, dalam tempoh satu tahun lima bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, berlaku kenaikan ketara jumlah hutang sebanyak RM124 bilion.

“Ini satu kegilaan melampau….Kami perintah 61 tahun hutang RM686 bilion tapi mereka sudah cecah sehingga RM810 bilion.

“Bukankah mereka kata nak turunkan hutang, kalau turun hutang orang tidak sekolah pun tahu patut jumlahnya berkurangan kepada RM680 bilion atau RM600 bilion umpamanya tapi ini sebaliknya. Tolonglah, selesaikan masalah hutang ini,” katanya pada Wacana Sinar Siri 132: ‘Belanjawan 2020: Apa Rakyat Dapat’ di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, di sini malam ini.

Katanya, pada Belanjawan 2019 lalu, kerajaan PH hanya menurunkan nisbah pembayaran hutang sebanyak 10 peratus daripada keseluruhan bajet tersebut.

“Sepatutnya nisbah pembayaran hutang itu dinaikkan kepada 15 peratus atau mungkin sehingga 20 peratus daripada keseluruhan bajet, baru boleh selesaikan hutang,” katanya.

Turut hadir sebagai panel Felo Akademi Sains Malaysia, Dr. Madeline Berma; Ketua Penerangan Berjasa, Hazwan Mohamad dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan juga berharap Belanjawan 2020 tidak hanya menekankan aspek memperkukuh ekonomi semata sebaliknya perlu memberi penekanan mengenai masalah anak muda dalam aspek pekerjaan, menurunkan kos sara hidup, perumahan termasuk untuk meningkatkan harga-harga komoditi. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Maslanbelanjawan 2020hutang negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kajian Lebuh Raya Bertol Diperhalusi Sebelum Keputusan

Next Post

Nazir Akan Temui SPRM Selesai Isu Dana 1MDB

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Geng Tikus Tumpas

Dewan Rakyat: Hutang Negara Meningkat Kepada RM1.08 Trilion

10/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Hutang Persekutuan pada akhir 2022 merekodkan sebanyak RM1.08 trilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding...

Next Post

Nazir Akan Temui SPRM Selesai Isu Dana 1MDB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd