• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MTUC Dakwa Menteri Bohong Pindaan Undang-Undang Buruh

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berbohong apabila mendakwa ia mengadakan perbincangan terperinci dengan pihak berkepentingan sebelum membentangkan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967 di Parlimen, Isnin lalu.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata Kula Segaran juga memungkiri janji bahawa segala cadangan pembaharuan undang-undang perburuhan akan dikaji dan diperakui oleh jawatankuasa teknikal yang merangkumi pegawai kementerian, MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

“Kula Segaran menyalah guna kuasa dengan menghantar cadangan pindaan tiga undang-undang perburuhan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan, walaupun ia belum diperakui oleh jawatankuasa teknikal dan NLAC.

“Lebih mendukacitakan apabila beliau bertindak demikian tanpa menunggu MTUC mengemukakan cadangan pindaan APP 1967 kepada pihak NLAC,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini merujuk NLAC sebagai Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan.

Sebelum ini, Kula Segaran berkata pindaan kepada APP akan dibahaskan dan dijangka diluluskan oleh Parlimen pada sesi yang berlangsung sekarang.

Beliau juga berkata pandangan pihak berkepentingan termasuk NLAC, MEF dan MTUC telah diambil kira.

Kula, seorang peguam sebelum dilantik menjadi menteri, memberitahu FMT pandangan pemegang taruh termasuk NLAC, MEF dan MTYC telah diambil kira dalam pindaan itu.

Mengulas lanjut, Solomon berkata, ini bukan kali pertama Kula Segaran atau pegawainya bertindak secara bersendirian.

“Beberapa kali sebelum ini, menteri atau pegawainya mengumumkan pindaan tertentu kepada undang-undang perburuhan tanpa dirujuk kepada jawatankuasa teknikal mahupun NLAC.”

Katanya, dengan meminggirkan peranan MTUC dalam jawatankuasa teknikal dan NLAC, Kula Segaran menafikan hak pekerja untuk membawa pindaan undang-undang yang mampu membela mereka.

Beliau juga berkata tindakan Kula Segaran melakukan pindaan undang-undang perburuhan dengan mengabaikan peranan NLAC dan jawatankuasa teknikal melanggar Konvensyen 144 ILO dan satu penghinaan terhadap MTUC dan MEF.

“Justeru kami menyeru menteri Sumber Manusia menarik balik pindaan undang-undang yang dibentangkan di Parlimen,” katanya. – FMT

Tags: kula segaranMTUCundang-undang buruh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Boleh Lepas Tangan Isu Kula – PAS

DAP Tidak Boleh Lepas Tangan Isu Kula – PAS

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – DAP tidak boleh mengambil sikap 'lepas tangan' berhubung kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan digesa membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd