• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Berjaya Beri Tekanan RUU IPCMC

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembangkang hari ini memberi tekanan kepada kerajaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019, sehingga dilihat seperti berjaya menangguhkan pembentangan RUU tersebut.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul sidang Dewan Rakyat, bacaan kali yang kedua RUU itu dijadualkan berlangsung hari ini dengan rata-rata menganggap ia akan diputuskan serta-merta selepas sesi perbahasan.

Blok pembangkang mendesak RUU tidak diputuskan secara tergesa-gesa kerana percaya IPCMC boleh memberi kesan terhadap peranan institusi polis negara.

Antara alasan diberikan ialah ada risiko IPCMC boleh mengganggu atau memberi tekanan kepada operasi pihak polis, selain bimbang siapa bakal menganggotai suruhanjaya tersebut kerana khuatir jawatan itu diisi oleh mereka yang tidak sepatutnya. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, IPCMC dilihat terus memberi fokus kepada salah laku polis, sekali gus boleh mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap PDRM.

Malah katanya, sudah ada undang-undang yang boleh menyelesaikan isu salah laku polis tanpa memerlukan satu lagi suruhanjaya diwujudkan.

“Ia boleh mencetuskan persepsi (buruk) yang boleh menghilangkan moral anggota polis. Akhirnya yang mendapat kesan buruk adalah rakyat,” katanya ketika berbahas mengenai RUU tersebut.

Namun RUU IPCMC akhirnya tidak ditentukan hari ini, tetapi dipanjangkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dikaji sebelum dibawa kembali ke Dewan Rakyat bagi diputuskan.

Pada Julai lalu, RUU dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat dan IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis. – UTUSAN ONLINE

Tags: IPCMCIsmail Sabri YaakobpolisRUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd