• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Sekolah Vernakular: MCA Persoal Pemimpin DAP Membisu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hairan dengan sikap pemimpin DAP yang berdiam diri berhubung gesaan agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular.

Beliau turut menempelak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilihat mendiamkan diri apabila isu tersebut dibangkitkan dalam Kongres Maruah Melayu (KMM) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Menurutnya, tindakan kepemimpinan tertinggi DAP yang diam membisu tanpa memberi komen terhadap resolusi itu dilihat agak pelik kerana DAP kini mempunyai kuasa untuk membantah perkara itu.

“Saya juga berharap rakan media meminta komen daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang. Mereka hanya membisu sahaja melibatkan isu ini.

“Namun apa yang mengejutkan saya ialah kongres itu dianjurkan oleh universiti awam. Orang paling penting adalah (Menteri Pendidikan), Dr. Maszlee Malik, timbalannya tidak lain tidak bukan, Nie Ching (Teo Nie Ching). Kenapa senyap sahaja?” soal Ka Siong.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu turut bertanya sama ada kata-kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada kongres itu dipersetujui oleh gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Anda menjadi kerajaan sekarang. Adakah kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad mewakili polisi kerajaan sekarang? Apakah pula pendirian mereka mengenai isu ini?” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Nurul Fatin Aqilah Rahim yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, langkah menghapuskan sekolah aliran Cina dan Tamil itu penting demi perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Nurul Fatin berkata, sekolah vernakular boleh dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2026. – Sinar Harian

Tags: DAPMCASekolah VernakularWee Ka Siong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd