• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Nafi Hubungan Dengan Mahathir Terjejas

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan hubungannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terjejas berikutan tiada tarikh tertentu atau muktamad untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bagaimanapun menganggap tiada tarikh tertentu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan bukanlah satu masalah.

“Saya tidak dapat hentikan orang ramai daripada terus membuat sebarang spekulasi mengenai perkara berkenaan. Bagi saya perselisihan pendapat di antara beberapa pengikut saya dengan pengikut Dr. Mahathir sejak kebelakangan ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia suatu perkara biasa.

“Sudah ada perjanjian, tiba masanya saya rundinglah. Tidak perlu melenting, sekarang giliran Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM kenalah sokong, tiba giliran saya pula nanti, sokonglah juga.

“Kita mengamalkan konsep keterbukaan, bukan seperti UMNO yang melarang ahlinya melontarkan kritikan berhubung sesuatu perkara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Temu Anwar @UiTM di Dewan Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Dalam sesi soal jawab ketika program tersebut, Anwar turut berseloroh beliau telah menunggu selama 20 tahun untuk menjadi perdana menteri dan turut maklumkan dirinya akan pertahankan nilai-nilai yang diperjuangkan masa zaman muda dahulu.

Dr. Mahathir sebelum ini dalam satu forum di New York memaklumkan beliau akan memegang tampuk sebagai Perdana Menteri paling lama bagi tempoh tiga tahun.

Manakala, Anwar pernah menyatakan dalam satu wawancara bahawa beliau menjangkakan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dr. Mahathir pada tahun 2020. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd