• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JHL Dapatkan Bantuan Polis Jejaki Pembunuh Gajah Pigmi

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TARAKAN – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mendapatkan bantuan polis untuk menjejaki pembunuh seekor gajah Pigmi yang ditemukan mati di Sungai Udin Dumpas di Kalabakan, Tawau.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, pegawai di jabatan itu telah mengadakan mesyuarat dengan polis semalam dalam usaha memburu individu yang terlibat membunuh gajah itu dengan kejam.

“Pembunuh gajah ini yang terlibat dianggarkan membabitkan empat orang. Ia perbuatan jahat. Sepatutnya hargai hidupan liar bukan bunuh. Saya berharap Renjer JHL dan polis dapat tangkap mereka yang terlibat secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita Malaysia di sini, malam tadi.

Beliau berada di Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia untuk mengikuti lawatan kerja Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Gajah tersebut ditemukan mati oleh pemancing pada Khamis lepas dalam keadaan terduduk di sungai itu.

Liew, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, beliau berasa sedih kerana sungguhpun kini hanya terdapat kira-kira 1,500 ekor gajah di Sabah tetapi ada pihak masih membunuh gajah dengan kejam.

“Berdasarkan peluru dijumpai di badan gajah itu dengan 70 kesan tembakan, senjata api digunakan oleh pembunuh adalah mesingan semi automatik,” katanya.

Beliau berharap pelaku dalam kejadian itu dapat ditangkap untuk diambil tindakan undang-undang sewajarnya disebabkan gajah merupakan hidupan liar dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual 1 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. 

Katanya, biarpun ketika ini tidak berada di Sabah, beliau sentiasa berhubung dengan Pengarah JHL, Augustine Tuuga untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Dalam pada itu, beliau berharap akan ada pihak tampil memberikan maklumat bagi membantu usaha menjejaki individu terlibat terutama selepas ganjaran dinaikkan kepada RM30,000 kepada pemberi maklumat.

Beliau turut menolak kemungkinan kejadian ini membabitkan sindiket. 

Tags: gajah pigmihidupan liarPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd