• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Dedah Kanak-Kanak Pinjam Ah Long Untuk Judi Online

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Veteran MCA memberi amaran mengenai permainan judi atas talian, mengatakan ia menyebabkan ramai individu termasuk kanak-kanak menjadi mangsa kepada Ah Long.

Michael Chong, yang mengetuai biro pengaduan dan perkhidmatan awam MCA, memberitahu FMT sebanyak 350 kes diberi perhatian olehnya sejak Januari dan ia melibatkan hutang berjumlah RM30 juta.

“Ibu bapa datang kepada saya menangis selepas mengetahui anak-anak mereka meminjam wang daripada Ah Long untuk berjudi,” katanya, sambil menambah ramai ibu bapa menganggap anak-anak mengunci diri dalam bilik kerana mahu belajar tanpa gangguan.

Katanya, kadang-kadang isteri peminjam dewasa datang menemuinya sambil menangis.

Beliau bercakap mengenai orang dewasa yang tidak mempunyai pekerjaan pada awalnya, namun berjaya menghasilkan sedikit wang, terutama daripada pertaruhan percuma.

“Mungkin mereka bertaruh RM1,000. Selepas itu, mereka mahukan banyak lagi. Jadi mereka meminjam. Kemudian mereka ada masalah dengan Ah Long.”

Beliau berkata kaki judi yang mempunyai pekerjaan akan meminjam daripada Ah Long dengan harapan untuk mendapatkan wang dengan cepat tetapi selalunya berakhir dengan kehilangan semua wang mereka.

Chong berkhidmat dengan biro pengaduan MCA selama 30 tahun.

Daripada kes perjudian online yang sedang dikendalikannya, beliau berkata, dua pertiga daripada mereka adalah kes ketagihan.

Beliau berkata pengadu berjumpanya untuk meminta bantuan berurusan dengan Ah Long. “Saya memanggil Ah Long dan meminta mereka menyelesaikan masalah dengan kaki judi tanpa sesiapa mendapat kecederaan. Apa lagi yang saya boleh lakukan?”

Beliau juga mengulas kes di mana sindiket perjudian enggan membayar mereka yang memenangi wang besar, mengatakan tiada yang dapat dilakukannya memandangkan operasi itu menyalahi undang-undang.

Beliau mencadangkan agar kerajaan membenarkan beberapa operasi game online supaya rakyat Malaysia yang menang dapat dijamin pembayarannya.

“Industri ini boleh dibendung dengan peraturan yang betul.

“Kerajaan juga boleh mengutip cukai daripada pengendali,” katanya.

Di Britain, Suruhanjaya Perjudian meminta pengendali online mengesahkan butiran pelanggan sebelum membenarkan mereka berjudi. – FMT

Tags: Ah LongJudi onlinekanak-kanakMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd