• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjung Piai: Asyraf Wajdi Sindir SPR?

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 16 November sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dan ia bersamaan dengan tarikh Perhimpunan Agong UMNO.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran hari ini secara bersahaja menzahirkan ucapan terima kasih kepada SPR kerana ‘tidak sengaja’ memilih tarikh tersebut.

“Terima kasih SPR kerana tidak sengaja memilih tarikh Pilihan Raya Kecil P165 Tanjung Piai bersempena tarikh Perhimpunan Agong UMNO pada 16 November 2019,” tulis beliau di laman Facebooknya.

Begitupun, sekali imbas warganet dapat menduga status dimuat naik pemimpin UMNO itu adalah sindiran kepada SPR kerana ia diakhiri dengan tanda pagar ‘tidak sengaja’.

Tengah hari tadi, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun mengumumkan tarikh mengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai adalah pada 16 November nanti.

Menurutnya, Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 2 November manakala Hari Mengundi Awal pula pada 12 November nanti.

“Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam 15 November,” katanya.

Menurutnya, tarikh buka bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara pada 1 Oktober 2019 manakala ditutup 31 Oktober.

“SPR akan menggunakan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR hari ini.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Md Farid Md Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu berikutan komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Dr. Md Farid, seorang pakar bius, daripada Pakatan Harapan-Bersatu memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 524 undi.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai memperoleh 21,255 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Jeck Seng memperoleh 20,731 undi manakala Nordin, 2,962 undi. – Sinar Harpan

Tags: Perhimpunan Agung UMNOPRK Tanjung PiaiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd