• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Pertahan Hak Kebebasan Bersuara Komen Terhadap Yahudi

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Dituduh seorang yang anti-Semitik, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau hanya menggunakan hak kebebasan bersuara apabila memberi komen mengenai kaum Yahudi.

“Kenapa saya tidak boleh mengatakan sesuatu tentang Yahudi sedangkan ramai orang yang mengatakan tidak baik mengenai saya, mengenai Malaysia dan saya tidak membantah, tidak melakukan demonstrasi,” katanya.

Mahathir yang kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 turut menekankan bahawa orang ramai sepatutnya bersedia mendengar pendapat yang tidak menyebelahi mereka demi kebebasan bersuara.

“Kebebasan bersuara adalah bebas untuk bersuara, apabila anda berkata, anda tidak boleh berkata begitu, anda tidak boleh menjadi anti-Semitik, jadi tiada lagi kebebasan bersuara,” kata Mahathir yang menjawab semula soalan daripada hadirin pada Forum Pemimpin Dunia di sini, Rabu.

Mahathir dilaporkan sebelum ini mempersoalkan berapakah jumlah orang Yahudi yang maut ketika peristiwa Holocaust.

Beliau turut mengimbas kembali seorang wartawan telah dipenjarakan kerana mempertikaikan angka kematian tersebut.

“Saya pernah berkata, siapa yang menentukan jumlah itu. Jika ia menyebelahi (anda), kamu mendapat satu angka dan yang tidak memihak, kita mendapat angka yang lain.

“Jadi saya terima bahawa Holocaust memang wujud dan ramai orang Yahudi yang dibunuh. Dan pada satu ketika saya amat bersimpati terhadap mereka ketika peperangan itu,” katanya.

Tags: anti-semitikMahathir MohamadYahudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Graduan UniSZA Terima Berita Kematian Bapa Ketika Menanti Giliran Terima Skrol’

Isu Yahudi, Zionis Di Dewan Rakyat Diputuskan 2, 3 Hari Lagi – Speaker

06/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memberitahu akan memberi keputusan dalam dua atau tiga hari lagi...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd