• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Darat Klasifikasi Insiden Mejar Zahir Terpencil

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat dalam insiden kematian Mejar Mohd Zahir Armaya.

Malah TDM juga akan mengemaskini prosedur operasi standard jika difirkan perlu.

Menurut satu kenyataan, lembaga siasatan telah memuktamadkan siasatan dan membuat keputusan bahawa insiden berkenaan diklasifikasikan sebagai kejadian terpencil dan ia merupakan kemalangan dalam latihan.

“Pihak ahli lembaga (siasatan) turut mendapati peralatan dan kelengkapan yang digunakan semasa latihan keupayaan tersebut berada dalam keadaan baik,” kata kenyataan itu.

Mohd Zahir meninggal dunia semasa melaksanakan latihan keupayaan pada majlis Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di kem Lok Kawi, Kota Kibnabalu pada 4 September lalu.

Kejadian berlaku selepas baju kalis peluru yang dipakai Mohd Zahir tertembus selepas terkena tembakan.

Sementara itu menurut kenyataan tersebut, Majlis Angkatan Tentera ke-578 (MAT) yang bersidang pada 17 September lalu bersetuju untuk menaikkan pangkat Mohd Zahir kepada Leftenan Kolonel, tertakluk kepada kelulusan Yang DiPertuan Agong.

Daripada aspek kebajikan, katanya, TDM telah menghulurkan bantuan sewajarnya kepada balu Mohd Zahir, Nour Shafinar Harun dan ahli keluarganya sejak hari pertama kejadian.

Tambahnya, Nour Shafinar dan keluarga juga akan terus diberi bantuan dan faedah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan TDM.

Tags: Mejar Mohd. Zahir ArmayaTentera Darat Malaysiaterkena tembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok

Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok

05/09/2023
0

KUALA LUMPUR – Beberapa tampuk kepimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan berlaku perubahan ekoran Panglimanya, Tan Sri Mohammad Ab. Rahman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd