• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Jual Kad Pengenalan: RCI Perlu Disegerakan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERGERAKAN Pemuda UMNO memandang serius dan menzahirkan keraguan terhadap dakwaan YB Kasthuri Patto tentang skandal penjualan Kad Pengenalan (IC) yang kononnya telah dimulakan sejak era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Walhal beliau terlupa pada waktu tersebut juga, skandal ini telah didedahkan di Pulau Pinang yang ketika itu Kerajaan Negeri diperintah oleh DAP dari tahun 2008 lagi.

Ironinya, DAP pernah membangkitkan sindiket penjualan IC di Sabah yang berlaku di zaman Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Sekiranya YB Kasthuri Pato dan DAP yakin bahawa skandal penjualan IC dibuat sejak era BN, mengapa pula DAP tidak membuat apa-apa pendedahan mengenai sindiket penjualan IC di Pulau Pinang selama ini?

Lebih meragukan apabila Ahli Parlimen DAP sendiri iaitu YB RSN Rayer tampil menawarkan khidmat sebagai peguambela kepada suspek di dalam pertuduhan mengenai penjualan IC di Pulau Pinang baru-baru ini.

Mengapakah ahli Parlimen yang telah mengangkat sumpah untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, begitu bersungguh-sungguh mahu membela mereka?

YB Kasthuri Patto sepatutnya tidak cepat melatah dan bersikap begitu ‘defensive’ kerana ia hanya menyerlahkan sandiwara DAP yang cuba mengalihkan isu, bahkan seolah-olah membenarkan spekulasi dan persepsi umum bahawa DAP yang ternyata menerima manfaat politik daripada penambahan jumlah pengundi di Pulau Pinang demi mengekalkan kuasa!

Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi mengulangi desakan kami sebelum ini untuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) segera ditubuhkan. Penubuhan RCI ini tentunya akan mampu menjernihkan segala polemik termasuklah tuduhan dan pelbagai persepsi yang berlegar demi memastikan Hak Kewarganegaraan Malaysia yang merupakan anugerah tertinggi negara tidak sewenangnya tergadai dek kerakusan kuasa dan agenda politik dangkal!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Tags: DAPkad pengenalanMyKadPemuda UMNO
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan beliau akan terus memperjuangkan isu rasa tidak puas hati masyarakat bukan...

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd