• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keracunan Logam Berat Bukan Punca Kematian Orang Asli

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan punca kematian 12 orang asli di Kampung Kuala Koh, Kelantan bukan kerana keracunan logam berat tetapi disebabkan wabak demam campak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan keputusan analisa sampel persekitaran dan laporan forensik terhadap 12 kematian yang dilaporkan, empat mayat daripada kematian itu disahkan tidak berpunca dari keracunan logam berat, manakala lapan kematian mempunyai kaitan epidemiologi dengan wabak demam campak.

Beliau berkata, beberapa sampel persekitaran seperti sumber air minum, tanah dan makanan seperti ikan masin kering telah diambil untuk diuji kehadiran logam berat, mikroorganisma dan racun perosak.

“Hasil pemeriksaan mendapati sumber air minum orang asli iaitu air tandak, sungai dan telaga mematuhi nilai piawai kualiti air mentah untuk minuman dan bebas racun makhluk perosak, namun sumber air minum tersebut tercemar dengan beberapa bakteria patogenik,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sambil menolak dakwaan punca kematian orang asli Kampung Koh adalah berikutan kehadiran logam berat, Dr. Dzulkefly berkata, walaupun ujian menunjukkan ada kehadiran logam berat, namun ia tidak sampai ke peringkat ‘lethal dose’ yang boleh membawa maut.

Dr. Dzulkefly berkata, sebagai rumusan wabak penyakit saluran pernafasan dalam kalangan orang asli suku Bateq di Kuala Koh yang berlaku pada 3 Jun hingga 10 September lalu adalah berpunca dari wabak demam campak.

“Faktor yang menyumbang kepada berlakunya wabak dan kematian demam campak adalah liputan imunisasi yang rendah, tahap nutrisi yang rendah dalam kalangan kanak-kanak orang asli.

“Cara hidup yang sering berpindah dan adat memasuki hutan akibat sakit atau kematian dalam kalangan orang asli menyumbang kepada kelewatan mendapatkan rawatan, sehingga penyebaran jangkitan terus berlaku,” katanya.

Dr. Dzulkefly berkata, tindakan kawalan dan pencegahan melibatkan pelbagai agensi telah dilaksanakan dan diteruskan kepada komuniti terlibat.

Antaranya pendidikan kesihatan berkaitan kebersihan, keselamatan makanan, pemakanan, kepentingan imunisasi, pencegahan penyakit dan kepentingan mendapatkan rawatan awal.

Di samping itu katanya, langkah berkaitan kesihatan awam seperti memastikan keselamatan air minum, pemakanan komuniti dan kempen imunisasi turut dilaksanakan secara berterusan kepada orang asli yang terjejas.

Tags: kematianKKMKuala kohOrang asli batek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd