• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uncle Kentang Angkut Tilam

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG – “Jangan hanya kita sediakan tempat tidur sendiri…sediakanlah tempat tidur yang elok untuk mereka yang tak mampu.”

Demikian coretan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang turut dikenali ramai dengan gelaran Uncle Kentang dalam status dikongsikan dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Beliau yang sebelum ini menawarkan khidmat van jenazah, ambulans dan kenderaan percuma ke hospital kali ini memberi sumbangan tilam terpakai berjenama yang mencecah harga ribuan ringgit kepada mereka yang memerlukan.

Chee Heng berkata, tilam berkenaan adalah hasil sumbangan pemilik sebuah kedai perabot terpakai yang beralamat di Kuala Lumpur.

Chee Heng mengangkut tilam untuk diedarkan kepada penduduk memerlukan sekitar Puchong.

Katanya, gembira dengan aktiviti kebajikan dijalankan, pemilik kedai perabot tersebut menghubunginya dan menyatakan keinginan turut menyumbang sama.

“Pemilik kedai bagi saya pilih apa-apa kelengkapan perabot yang diperlukan untuk didermakan kepada mereka yang susah.

“Saya pilih tilam kerana dapati di kebanyakan rumah orang susah yang saya pergi kebanyakan mereka tidur di atas lantai tanpa apa-apa alas,” katanya.

Tambahnya, tilam berkenaan akan diagih kepada golongan tidak berkemampuan sekitar Puchong dan di kawasan yang memerlukan.

Chee Heng berkata, dengan sumbangan diberi, dia percaya penyumbang akan tidur lebih sempurna dan lena.

“Yang penting, kita tentukan mereka tidak lapar masa tidur dan ada bantal dan tilam untuk tidur dengan sempurna. Tiada guna hidup sebagai manusia, ‘enjoy’ sementara, lain bersusah dan berlapar. Tidur pun tak ada tempat yang elok dan sesuai.

“Hati aku tak akan tenang kalau lihat mereka sedemikian kerana aku mampu mengubah hidup mereka kepada sedikit elok.

“Terima kasih Tuhan kerana beri aku mata untuk melihat kesusahan orang lain dan dua kaki untuk mampu berjalan membantu mereka,” tulisnya dalam kenyataan itu. – Sinar Harian

Tags: aktivis masyarakatKuan Chee Henguncle kentang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

Uncle Kentang Tutup Telefon 30 Hari

20/10/2021
0

SHAH ALAM - Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau dikenali Uncle Kentang mengikut saranan doktor supaya berehat bagi mengelak mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd