• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Seru Akhiri Krisis Rohingya Sekarang

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat seruan yang tegas kepada komuniti antarabangsa supaya meletakkan krisis Rohingya tepat pada radarnya dengan tujuan bagi menyelesaikannya sekarang.

Bercakap dalam penampilan pertama sejak tiba di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74, beliau berkata, adalah jelas kerajaan Myanmar tidak bersedia untuk mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan krisis itu.

“Sehubungan itu, terpulanglah kepada kita masyarakat antarabangsa untuk melakukan sesuatu mengenai situasi ini,” kata Mahathir pada acara sampingan peringkat tinggi mengenai ‘Krisis Rohingya-Menuju Ke Hadapan’ yang berlangsung di ibu pejabat PBB di sini Selasa.

Sebagai permulaan, beliau berkata, PBB perlu memainkan peranannya, dengan mengambil kira ia diwujudkan dengan harapan dapat menghalang kesengsaraan perbuatan manusia di masa hadapan.

“Tetapi tindakan membisu (berhubung isu Rohingya) ini adalah memekakkan telinga,” katanya, kepada badan dunia itu yang akan mengadakan perhimpunan tahunan minggu ini.

Tags: Mahathir MohamadMyanmarPBBRohingyaUNGA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd