• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual MyKad Mungkin Berlaku Di Negeri Lain

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kegiatan sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah yang didalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dipercayai sudah lama dijalankan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan termasuk kemungkinan wujud penglibatan di beberapa peringkat dalam agensi berkenaan.

“Mungkin sindiket ini sudah lama beroperasi dan wujud beberapa lapisan dalam sindiket tersebut, sebab itu polis perlu menjalankan siasatan secara terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Keselamatan Antarabangsa Kelima di sini hari ini.

Narenasagaran berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah itu turut berlaku di negeri lain.

Sebelum ini polis melancarkan operasi sulit dan berjaya menahan beberapa individu yang dipercayai sudah menjual lebih enam keping MyKad sah membabitkan nilai RM350,000.

Seramai enam lelaki termasuk seorang berpangkat datuk dan seorang Penolong Pengarah JPN sebelum ini didakwa dengan 32 pertuduhan menjual MyKad sah kepada warga asing.

Dalam fasa pertama Op Biru, polis menahan 20 individu susulan pembongkaran seorang warga China yang cuba memohon pasport menggunakan MyKad sah di Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang pada 16 Mei lalu.

Tags: JPNMyKadpolisPulau PinangSijil Kelahiran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd