• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kalau BN Tawar RM300, Sudah Lama Khalid Berguling Di Kg. Baru

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kerajaan Barisan Nasional semasa pentadbirannya tidak pernah membuat tawaran RM300 bagi setiap kaki persegi untuk tanah Kampung Baru.

Katanya, jika tawaran itu benar-benar berlaku, sudah lama Khalid Abdul Samad berguling di sana.

Malah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Mohamad Sabu juga sudah tidur di tepi-tepi jalan di Kampung Baru.

“Kenapa tak ada? Masa itu korang tengah sibuk makan steamboat kepala ikan ke?” tanya Najib.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang membuat kenyataan bahawa kerajaan kemungkinan menawarkan harga lebih tinggi daripada RM850 kaki persegi kepada pemilik tanah Kampung Baru.

Terdahulu, Khalid mendedahkan tawaran harga oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Najib selaku Perdana Menteri adalah lebih rendah (sekitar RM300 sekaki persegi) berbanding di bawah Pakatan Harapan (PH) sekarang RM850 sekaki persegi.

Katanya, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam masa terdekat bagi memuktamadkan harga sebenar tanah di Kampung Baru.

Malah, Khalid mendakwa pemaju dua projek besar iaitu Projek UDA Legasi dan Rah Residensi membeli tanah Kampung Baru dengan harga RM400 per kaki persegi, beberapa tahun lalu.

“Jadi, saya tidak mahu cakap banyak kerana dia (Najib) hanya menawarkan RM300 sekaki persegi dan sekarang saya umumkan tawaran kerajaan untuk membeli tanah Kampung Baru RM850… Lepas itu dia katakan saya tawarkan murah tetapi anda boleh menilai sendiri,” ujarnya baru-baru ini. – MalaysiaGazette

Tags: Barisan NasionalKampung BaruKhalid SamadNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd