• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh PRK Tanjung Piai Ditentukan 1 Oktober

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan telah menerima pemakluman rasmi kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff  Md. Yusof.

Notis pada 23 September 2019 memaklumkan perkara itu berikutan kembalinya ke rahmatullah penyandangnya, Allahyarham Datuk Wira Dr. Md Farid Md. Rafik pada hari Sabtu lalu.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar, oleh yang demikian, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi meneruskan tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

“SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 1 Oktober 2019.

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting (PRK) seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PRK Tanjung Piai harus diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh kekosongan kerusi berkenaan bagi memilih Ahli Parlimen yang baharu selepas penyandangnya, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, awal pagi kelmarin akibat serangan penyakit jantung.

Md. Farid juga memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia  Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dengan majoriti 524 undi.

Tags: PRK Tanjung PiaiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd