• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kerajaan Campuran PAS-UMNO Sebelum PRU15

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tiada kerajaan campuran atau perpaduan akan diwujudkan oleh PAS dan UMNO sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, kedua-dua parti komited untuk memulakan ta’awun siyasi iaitu bekerjasama dan menyifatkan terlalu awal untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Jelasnya, pelbagai perkara boleh terjadi sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Terlalu awal (untuk) kita boleh laksanakan sebab kerajaan Pusat lain, kerajaan negeri lain. Yang penting adalah ta’awun siyasi. Ta’awun dalam istilahnya adalah bekerjasama bukannya bergabung.

“Ta’awun adalah kerajaan yang bekerjasama. Kita lebih selesa dan kita tidak terlalu cepat nak jadi (kerajaan campuran)… tengok perkembangan yang berlaku,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila hari ini.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak menolak kemungkinan itu akan terlaksana selepas PRU15.

“Kita akan lihat pada pilihan raya, boleh jadi kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan. Macam-macam boleh jadi. Semuanya melihat kepada perkembangan pilihan raya.

“Pasal apa? Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku sebelum pilihan raya, Wallahua’lam. Ia boleh berlaku kerana dalam politik tidak mustahil.

“Sering kali dalam politik, berlaku lain daripada yang kita ramalkan. Itu kita boleh buat ramalan sahaja,” katanya.

Mengenai penerimaan rakyat akar umbi terhadap Piagam Muafakat Nasional, beliau berkata, akar umbi sangat positif malah proaktif dengan pemeteraian perjanjian antara PAS dan UMNO.

Jelasnya, aktiviti di peringkat akar umbi juga sudah berlaku dengan pesat mendahului piagam itu, menunjukkan penerimaan ahli kedua-dua parti.

“Apa yang penting kepada kita adalah kehidupan dalam masyarakat yang bersatu padu, khususnya dalam kalangan orang Islam.

“Pada masa yang sama, mengambil kira masyarakat majmuk. Itu hasrat kerjasama yang kita meteraikan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi Awangkerajaan campuranmuafakat nasionalPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd